memang Allah sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik...
memang Allah sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah...
memang Allah sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita dapat kasih sayang yg terbaik,khas untuk diri kita
memang Allah sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita di masa hadapan
memang Allah sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua org berpeluang untuk mengalaminya
memang Allah sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita supaya kita jadi insan yang hebat jiwanya
memang Allah sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah
memang Allah sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita lebih mengenalikehidupan yang tidak selamanya kekal.
wahai sahabat yg kecewa. menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.
Sabtu, 31 Oktober 2009
hari yang indah
Jumaat, 30 Oktober 2009
adakah dia???
tidurku dikejutkan dengan bunyi mesej...sengaja kubiarkan bunyi itu memecah sunyi malam...lagipun aku memang suka menghayati lagu Aku Dan Dirimu...kudengar hingga habis...airmataku sekali lagi tumpah...mesej yg kuterima hanya sepatah...DEAR...hanya dia yg memanggilku dengan panggilan itu...dah lame tak ku dengar panggilan itu...diakah??rindukah dia??atau hanya sekadar gurauan untuk menguji diriku....aku padam mesej itu...tiada ape yg perlu ku ingat lagi...telah kutinggal jauh kenangan itu...tak mungkin aku berpaling lagi...aku belajar untuk padam segala duka ku...aku kesat airmata ini yang kian laju...aku pasrah Ya Allah, tiap dugaan untukku...kau Maha mengetahui rahsia di sebaliknya...Allahuakbar
Khamis, 29 Oktober 2009
untuk selamanya
Untuk Selamanya
Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini
Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tega melukaiku
Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan airmata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini
Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
Takdir ku terima
Tuhan tunjukkanlah
Cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi
Untuk selamanya
kuatkah aku???
hari ini entah kenapa airmata ini menitis lagi....memang aku seorang yang mudah menangis....tapi tidak sekerap dulu....aku cuba bina kekuatan yang ku kira sudah mula hilang....aku mula merenung masa silam...banyak dosa dan kesilapan yang ku lakukan....andai ini yg perlu ku lalui untuk tebus khilaf ku,aku mohon padaMu kurniakan aku kesabaran...
Program Dengan Pendengar
selamat sudah Program Terengganu FM dengan pendengar kerjasama majlis Tindakan Pelancongan Negeri terengganu pada 24 oktober 2009...moga selepas ini lagi banyak program di adakan...layari ruangan sana sini Di www.tfm.gov.my untuk foto2 n cite menarik
Langgan:
Catatan (Atom)